YonMing AATF berbesar hati hadir ke mesyuarat bersama YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, pegawai-pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, serta wakil-wakil daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perak bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan kenderaan terbiar dan inisiatif pelupusan kenderaan secara mampan.
Sebagai sebahagian daripada program perkongsian ilmu dan penglibatan pemegang taruh, pihak urus setia telah menganjurkan sesi pembentangan mengenai pengurusan kenderaan terbiar. Sesi tersebut memberi tumpuan kepada cabaran semasa, amalan terbaik industri, kepatuhan berasaskan peraturan, serta kepentingan mengurus dan melupuskan Kenderaan Tamat Hayat (ELV) secara bertanggungjawab dan mampan terhadap alam sekitar.












